Addin AssociatesAddin AssociatesFirma Guaman Syarie
← Semua Perkhidmatan

Perwakilan Mahkamah Syariah

Selain bidang tuntutan khusus, kami menyediakan perkhidmatan wakalah dan perwakilan guaman am untuk pelbagai prosiding di Mahkamah Syariah — termasuk permohonan poligami, nikah, ruju' dan isu keluarga Islam yang lain.

Bagaimana Kami Membantu

  • Penyediaan wakalah dan dokumen mahkamah untuk pelbagai jenis permohonan
  • Nasihat prosedur dan keperluan dokumen mengikut jenis kes
  • Perwakilan di sesi pendengaran dan prosiding Mahkamah Syariah
  • Rujukan dan kerjasama dengan agensi berkaitan (JAKIM/Jabatan Agama Negeri, Pejabat Kadi, Amanah Raya) mengikut keperluan kes

Proses Kerja

  1. 1

    Konsultasi Awal

    Kami nilai jenis permohonan dan keperluan dokumen berdasarkan kes anda.

  2. 2

    Penyediaan & Pemfailan

    Dokumen dan wakalah disediakan serta difailkan di mahkamah/agensi berkenaan.

  3. 3

    Perwakilan Prosiding

    Kami hadir dan mewakili anda sepanjang sesi pendengaran yang berkaitan.

  4. 4

    Penyelesaian Kes

    Kami susulan sehingga perintah/kelulusan diperoleh dan proses selesai.

Soalan Lazim

Persoalan berkaitan perwakilan mahkamah syariah

Wakalah adalah surat kuasa wakil yang membenarkan peguam syarie bertindak bagi pihak anda dalam sesuatu prosiding di Mahkamah Syariah.
HubungiWhatsApp