Addin AssociatesAddin AssociatesFirma Guaman Syarie
← Semua Perkhidmatan

Perceraian & Pembubaran Perkahwinan

Kami membantu anda memfailkan dan menguruskan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah — dari pendaftaran saman, penyediaan dokumen, sesi sulh, sehingga prosiding di mahkamah — dengan pendekatan yang profesional, tenang dan sulit.

Bagaimana Kami Membantu

  • Nasihat awal tentang jenis permohonan yang sesuai dengan situasi anda (cerai taklik, fasakh, khuluk, atau cerai dengan persetujuan)
  • Penyediaan dan pemfailan saman serta dokumen mahkamah
  • Perwakilan sepanjang sesi sulh dan prosiding di Mahkamah Syariah
  • Penyelarasan isu sampingan — hak penjagaan anak, nafkah, dan harta sepencarian — dalam satu permohonan yang sama jika berkaitan

Proses Kerja

  1. 1

    Konsultasi & Penilaian Kes

    Kami dengar situasi anda, semak dokumen berkaitan (sijil nikah, bukti komunikasi, dll.), dan cadangkan laluan permohonan yang paling sesuai.

  2. 2

    Penyediaan Dokumen

    Kami sediakan saman, afidavit sokongan dan dokumen berkaitan mengikut keperluan mahkamah yang berkenaan.

  3. 3

    Pemfailan & Sesi Sulh

    Kes difailkan di Mahkamah Syariah berkenaan, diikuti sesi sulh (jika berkenaan) untuk cuba capai persetujuan.

  4. 4

    Prosiding & Keputusan

    Sekiranya kes berlanjutan ke perbicaraan, kami mewakili anda sepanjang prosiding sehingga perintah/keputusan dikeluarkan.

Soalan Lazim

Persoalan berkaitan perceraian & pembubaran perkahwinan

Tempoh berbeza mengikut jenis permohonan, kompleksiti kes dan bebanan kes mahkamah berkenaan. Kes yang dipersetujui kedua-dua pihak biasanya lebih pantas berbanding kes yang dipertikaikan. Kami akan beri anggaran lebih tepat selepas menilai kes anda semasa konsultasi.
HubungiWhatsApp