Faraid & Pembahagian Harta Pusaka
Harta arwah masih belum dibahagikan? Kami bantu waris menguruskannya langkah demi langkah, dari pengesahan waris sehingga pemindahan hak milik.
Kami membantu waris menguruskan pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid, daripada pengesahan waris dan permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah, sehingga urusan pentadbiran harta melalui Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi Sivil mengikut nilai dan jenis harta pusaka.
- Dikendalikan terus oleh peguam syarie
- Konsultasi bersemuka atau dalam talian
- Sulit dan tanpa menghakimi
Adakah ini situasi anda?
- Ahli keluarga telah meninggal dunia dan rumah, tanah atau simpanan masih atas nama arwah
- Waris tidak pasti siapa yang berhak dan berapa bahagian masing-masing
- Urusan pusaka sudah lama tertangguh dan anda tidak tahu hendak mula dari mana
- Ada waris yang tinggal jauh, sukar dihubungi atau belum bersetuju
- Anda perlukan Sijil Faraid sebelum harta boleh dipindah milik
Anda tidak perlu menguruskannya seorang diri. Kongsikan situasi anda dan kami akan terangkan pilihan yang ada.
Bagaimana Kami Membantu
- Pengesahan waris yang sah dan pengiraan bahagian faraid mengikut fakta kes
- Bantuan permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah
- Panduan proses pembahagian pusaka termasuk harta alih dan tak alih
- Penyelarasan dengan Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi Sivil, serta pejabat tanah untuk pendaftaran pindah milik
Proses Kerja
- 1
Kumpul Maklumat Waris & Aset
Kami bantu susun senarai waris yang berhak dan senarai aset si mati.
- 2
Pengiraan & Permohonan Sijil Faraid
Permohonan difailkan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan Sijil Faraid rasmi.
- 3
Permohonan Pentadbiran Harta
Mahkamah Syariah hanya mengesahkan waris dan kadar faraid melalui Sijil Faraid. Pentadbiran dan pembahagian harta sebenar disalurkan mengikut nilai dan jenis harta pusaka: Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad, atau Mahkamah Tinggi Sivil.
- 4
Pembahagian & Pendaftaran
Harta dipindahkan/dibahagikan kepada waris mengikut Sijil Faraid dan susunan sah.
Dokumen yang membantu semasa konsultasi
- Sijil kematian atau permit pengebumian si mati
- Sijil kelahiran dan salinan kad pengenalan si mati
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran para waris
- Sijil nikah si mati (serta dokumen cerai jika pernah bercerai) dan sijil nikah ibu bapa si mati
- Sijil kematian ahli keluarga yang telah meninggal dunia lebih awal, seperti ibu bapa atau pasangan si mati, jika berkaitan
- Dokumen harta seperti geran tanah, perjanjian jual beli rumah, penyata bank atau dokumen kenderaan
Belum lengkap? Tidak mengapa. Bawa apa yang ada, dan kami akan bantu kenal pasti dokumen yang masih diperlukan.
Soalan Lazim
Persoalan berkaitan faraid & pembahagian harta pusaka
Tempah Konsultasi
Tinggalkan nama dan nombor telefon, kami akan hubungi anda
Tidak sempat berbual sekarang? Isi borang ringkas ini. Lebih suka bercakap terus? Hubungi kami melalui WhatsApp atau telefon.